|
Surat Cinta Untuk Bakal Suamiku ! (:
Friday, 28 September 2012 | 00:16 | 0 star
Assalamualaikum w.b.t
kehadapan bakal suamiku yang tersayang,
Jangan dibimbangkan tentang cinta ini, kerana aku akan mencintaimu dengan kasih sayang, kerana aku percaya bahawa Allah itu menciptakan yang terbaik yang untukku. Aku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu, dan kuharapkan bahawa dikau pun begitu dapat menerimaku seadanya ..
Sayang, aku tahu bahawa dikau seorang yang kacak ( walaupun hanya dimataku ) , romantik, dan dapat membimbingku menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah. InsyaAllah
Suamiku ...
Aku akan cuba sedaya upayaku untuk menjadi isteri yang solehah untukmu, Aku akan menjadi penyejuk matamu, penawar hatimu, menjadi isterimu, sahabatmu dan membantumu di setiap permasalahan yang dihadapi olehmu dan aku juga akan menghiburkanmu dikala kau kesunyian, menghantar kedamaian ke dalam segenap hatimu, ku harapkan kau sudi berkongsi segalanya denganku .. Semoga kasih sayang kita akan mendapat redha dari ilahi ... InsyaAllah ....
Akhirkata, Salam Sayang untuk Bakal Suamiku .........
appleofmyheart .....
|